Saturday, February 27, 2010

- Jabir Ibnu Hayyan -

Jabir Ibnu Hayyan merupakan seorang perintis dalam bidang ilmu kimia yang amat terkenal. Di Eropah, beliau lebih dikenali sebagai Geber.

Nama sebenarnya ialah Abu Musa Jabir Ibnu Hayyan. Beliau dilahirkan pada tahun 721 Masihi dan tinggal di Kufah (sekarang ni Iraq laa...).

Jabir Ibnu Hayyan telah menghuraikan secara saintifik dan terperinci tentang proses asas tindak balas kimia, iaitu penurunan dan pengkalsinan. Selain itu, beliau juga berjaya memperbaiki lagi kaedah penyelidikan kimia berkenaan pengewapan, sublimasi dan penghabluran. Beliau memperkenalkan beberapa istilah kimia yang masih diguna pakai sehingga hari ini, seperti alkali dan antimoni.

Jabir menulis banyak buku, antaranya Kitab Al-Kimya DAN kitab Al-Sab'een. Buku-buku ini telah diterjemah ke dalam bahasa Latin dan pelbagai bahasa Eropah yang lain. Banyak karya beliau telah dijadikan rujukan utama pengajian ilmu kimia sehingga abad ke-14. Kebanyakan hasil kerja beliau mempunyai pengaruh yang besar ke atas perkembangan kimia moden. Seorang ahli kimia Barat, Max Mayerhaff, pernah menyatakan, "Perkembangan ilmu kimia di Eropah mmempunyai kaitan secara langsung dengan Jabir Ibnu Hayyan."

Selain daripada ilmu kimia, Jabir turut memberi sumbangan dalam bidang lain seperti perubatan dan astronomi...

Tuesday, February 23, 2010

- WANITA :- AKAL SENIPIS RAMBUTNYA -

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.
Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah..sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada Allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah

Monday, February 22, 2010

- Kuasa Perempuan -

KUASA LAYANAN PEREMPUAN
Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.


KUASA DOA PEREMPUAN
Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAQWA PEREMPUAN
Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasannya).

Friday, February 19, 2010

- Teka-Teki Imam Al-Ghazali -

> > Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka-Teki) :
> >
> > Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
> > Murid 1 = "Orang tua"
> > Murid 2 = "Guru"
> > Murid 3 = "Teman"
> > Murid 4 = "Kaum kerabat"
> > Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185)".
> >
> > Imam Ghazali = "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
> > Murid 1 = "Negeri Cina"
> > Murid 2 = "Bulan"
> > Murid 3 = "Matahari"
> > Murid 4 = "Bintang-bintang"
> > Iman Ghazali = "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
> >
> > Iman Ghazali = "Apa yang paling besar di dunia ini?"
> > Murid 1 = "Gunung"
> > Murid 2 = "Matahari"
> > Murid 3 = "Bumi"
> > Imam Ghazali = "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
> >
> > IMAM GHAZALI = "Apa yang paling berat di dunia?"
> > Murid 1 = "Baja"
> > Murid 2 = "Besi"
> > Murid 3 = "Gajah"
> > Imam Ghazali = "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah".
> >
> > Imam Ghazali = "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
> > Murid 1 = "Kapas"
> > Murid 2 = "Angin"
> > Murid 3 = "Debu"
> > Murid 4 = "Daun-daun"
> > Imam Ghazali = "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat".
> >
> > Imam Ghazali = "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?"
> > Murid- Murid dengan serentak menjawab = "Pedang"
> > Imam Ghazali = "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri".

Thursday, February 18, 2010

- Kewujudan Allah -

Ada seorang lelaki pergi ke kedai rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila barber itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai banyak perkara. Tapi apabila mereka mula berbicara mengenai Allah, barber itu pun berkata, "Saya tak percaya Allah itu wujud". "Kenapa kamu berkata begitu?" tanya si lelaki tadi.
>>>>>>>>>>>>>>> "Cuba kamu keluar di tengah jalan itu dan tunjukkan pada saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah wujud, kenapa ramai sangat orang sakit kat luar tu? Kenapa masih ada kanak-kanak yang terbiar? Kalau betul Allah wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ni. Saya tak dapat bayangkan Allah Yang Maha Penyayang Boleh membenarkan semua ini berlaku".
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas barber itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi. Selepas beberapa langkah, si lelaki tadi ternampak seorang lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata, "Kamu tahu tak yang sebenarnya barber juga tidak wujud?". "Kenapa kamu kata macam tu? Sedangkan saya baru saja gunting rambut kamu tadi." kata barber. "Tidak!" Kata si lelaki tadi. "Kalau barber wujud, dah tentu tidak ada orang yang berambut panjang dan tidak terurus dan kotor serta janggut yang panjang dan kotor macam lelaki di tepi jalan itu". "Ah! Barber memang wujud! Lelaki itu jadi macam tu sebab dia tidak datang pada saya untuk menggunting rambutnya!" kata barber. "Tepat sekali!". Kata si lelaki tadi. "That's the point!. Allah juga wujud. Itulah yang terjadi (keperitan & penderitaan) jika manusia tidak mengingatiNya dan kembali padaNya untuk memohon pertolonganNya."